Antara aktiviti pelaksanaan oleh pesalah muda, dewasa, dan kanak-kanak yang ditetapkan oleh mahkamah menerusi Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

KUANTAN – Segelintir masyarakat di negara masih belum menghayati sepenuhnya pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) ke atas pesalah muda yang kini menjadi satu bentuk hukuman alternatif kepada pemenjaraan yang diperintahkan oleh mahkhamah.

Oleh itu, masyarakat perlu belajar untuk stigma kepada golongan berkenaan yang memerlukan sokongan dalam tempoh melalui proses menjalani hukuman, pemulihan dan penginsafan.

Ini kerana, kata Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, setiap insan yang pernah melakukan kesalahan wajar diberikan peluang kedua untuk menebus kesilapan bagi menjalani kehidupan baharu.

PKM merupakan program pemulihan sosial terhadap pesalah kanak-kanak berumur 10 hingga 18 tahun, pesalah dewasa 21 tahun ke atas dan pesalah muda yang berusia 18 tahun hingga bawah 21 tahun yang dikhendaki menjalani khidmat masyarakat mengikut jumlah jam yang ditetapkan oleh mahkamah.

Pengarah JKM Pahang, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin

Menurutnya,  tafsiran khidmat masyarakat itu merujuk Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) Subperenggan 293 (1)(e)(ii) bererti apa-apa kerja perkhidmatan atau arahan untuk kebaikan masyarakat secara am dan termasuk apa-apa yang telah dijalankan yang melibatkan bayaran kepada pihak penjara atau pihak berkuasa tempatan.

Ia juga termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001(Akta 611) Subseksyen 2(1) bembawa erti apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanann arahan demi kebaikan orang awam keseluruhannya di bawh ruang lingkup kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan.

Selain daripada perlaksanaan hukuman, PKM juga adalah platform kepada perkembangan kerjaya melalui kemahiran yang ditawarkan melalui program tertentu antaranya adalah Program Skill & Career @ CSO (kemahiran), PKM Beret dan pelbagai program yang dianjurkan dari masa ke semasa,” katanya.

Di Pahang, seramai 18 orang pesalah muda terlibat dalam pelaksanaan pelbagai program khusus sehingga setakat Jun 2023.

Zulkhairi menambah, mereka ini yang perlu dibimbing supaya kembali dan berbakti kepada pangkuan masyarakat.

Antaranya program pemulihan yang dilaksanakan ialah khidmat bakti yang berasaskan gotong-royong dan kerja pembersihan kawasan bagi memupuk jati diri pelatih.

Selain itu katanya, peserta juga menjalani program keinsafan dan kesedaran sebagaimana program ilmu dan bakti yang berasaskan konsep keagamaan dan kerohanian.

Zulkhairi menambah, sebanyak 743 kes yang telah dijatuhi hukuman PKM di seluruh Malaysia pada tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 397 kes pesalah muda, pesalah kanak-kanak (301) dan pesalah dewasa (45).

Manakala sepanjang pelaksanaan PKM sejak tahun 2008 sehingga 2021, sebanyak 8,090 kes telah direkodkan bagi hukuman berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast