Tony
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bercakap pada sidang media selepas Majlis Amanat bersama UMNO Negeri Sembilan 2023 di Wisma UMNO Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’IM, 24 JUN 2023.

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) tidak perlu melayan kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Pua yang menyifatkan gabungan parti politik itu sebagai ‘pakatan korup’.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian Tony itu tidak mewakili partinya dan perkara itu telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Presiden UMNO itu turut mengingatkan semua pihak dalam parti tersebut agar tidak memberi reaksi atau membalas kenyataan Tony tersebut.

“Jika setiap isu ditimbulkan kita bereaksi ini akan menampakkan masalah itu masalah besar sedangkan itu bukan masalah yang utama kerana ia tidak menjadi dasar atau pegangan atau ketetapan mana-mana kepimpinan parti.

“Pegangan kami perundingan dijalankan antara BN dan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera UMNO di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir, timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Tony membuat kenyataan itu ketika berucap pada satu majlis anjuran DAP semalam.

Beliau juga berharap PH akan membentuk kerajaan tanpa melibatkan UMNO dan BN sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Hari ini, Anthony dalam satu kenyataan memberitahu, Tony tidak sepatutnya membuat ucapan yang berunsur serangan terhadap BN yang kini merupakan sekutu DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid turut menghargai kenyataan Anthony bahawa beliau juga tidak mengiktiraf pandangan yang berbeza daripada Tony sebagai pendirian partinya.

“Kami juga berpendirian biar kita bergerak ke hadapan. Jangan membaling batu di rumah kaca,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. UMNONGOK pimpinan ZAHID asyraf wajdi….SERTA SEKUTUNYA….sanggup jadi MUNAFIK BESAR ..NO DAPIG NO ANWAR..tanyalah Asyraf wajdi pernah MENYALAK 1O sebab umnongok menentang DAPIG

    PIMPINAN AHLI PENYOKONG UMNO terus jadi NGOK bila LKS diberi tan SRI…orang yg sanggup bawa ABU chin peng…13 mei…malaysia malaysian…menentang dasar dan negara ISLAM

    NASI DAH JADI BUBUR….umno tidak perlu melenting kerana tidor sekatil dan sebantal DAPIG
    TUNGGU juga komentar MT dan speaker Johor ..Fuad Jakarshi DAN Timb Majlis ulama umno dan penasihat agama Zahid

  2. TERBAIK ZAHID HAMIDI… terimalah segala HINAAN dari DAP PKR dengan WADAH BERJIWA BESAR kerana itu bukan “KEPUTUSAN PARTI”. Mulai sekarang akarumbi UMNO juga boleh menghina PENYAMUN Perasuah dan Penipu rakyat MELAYU itu dan PENJENAYAH itu AKAN “TEGOK” segalanya kerana itu bukan pendirian parti.
    Rakyat Malaysia berhak menghina ZAHID HAMIDI yang ingin menyelamatkan DIRI serta ahli keluarga dan bukan sebagai pembela rakyat. PASTI ZAHID HAMIDI tahu Hina kutukan itu adalah HAK PERIBADI RAKYAT MALAYSIA bukan KEPUTUSAN PARTI DAP PKR PAN dan UMNO sebaliknya itu hanya secara PERIBADI… hahaha PASTI Lokman Adam Hisham Jalil Puad Zarkasi Ahmad Maslan Khaled Nordin akan “menelan HINAAN” ini sebagai makeup “GAYA KETERAMPILAN KEPIMPINAN” UMNO terkini sebagai PEROMPAK PENYAMUN… Lokman Adam buat live… jangan lepas PRN 6 NEGERI KAU ucap kucup Sayonara goodbye Zahid Hamidi tu…. dakaplah dia seerat-erat dan KETAT-KETAT.

  3. Alaaaa Gerakan musibat tu pun 2×5..terbaharu Gerakan desak untuk buang kakitangan kerajaan dgn alasan terlalu ramai…rileks jaaa PAS dan Bersatu termasuk kakitangan kerajaan yg sokong PN…siap setuju lg dgn Gerakan..apa ada kisah…so kalau ada 1-2 nyamuk tu biasa laa…

Comments are closed.