KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyelar tindakan biadab Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional sebagai Pakatan Korup sekali gus mewujudkan ketidakpuasan hati dalam kalangan akar umbi UMNO.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, Dr Akmal Saleh menegaskan, tindakan Pua ini sedang merobek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk didalam Kerajaan Perpaduan yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional.
Beliau menegaskan, Barisan Nasional yang digelar Pakatan Korup oleh Pua telah memacu negara dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan di bawah Barisan Nasional juga Malaysia telah diangkat oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menyatakan Malaysia adalah negara ke-23 paling kompetitif di dunia.
Ini termasuklah kejayaan Barisan Nasional meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga mencatatkan nilai RM1.4 trilion termasuklah usaha memperkasa aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan mencecah beratus bilion dan beri pulangan tinggi kepada rakyat dan kerajaan seperti Khazanah Nasional yang naik dari RM32 bilion kepada RM116 bilion dan rizab tunai Petronas naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion.
“Namun ketika negara beralih kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang pada ketika itu Tony Pua dilantik sebagai Penasihat kepada Lim Guan Eng, negara melalui zaman gelap sehingga kerajaan tersebut rebah dalam tempoh 22 bulan.
Malah, Pua yang bertugas di Kementerian Kewangan tidak mampu memacu perkembangan ekonomi negara sehingga KDNK jatuh merudum dan hutan negara meningkat secara mendadak.
“Ini berlum dikira dengan kejatuhan nilai matawang ringgit akiba tindakan dan keceluparan beliau yang memberi gambaran negatif tentang negara,” tegas Akmal dalam kenyataan di sini.
Beliau mengulas kenyataan Pua yang menggelar Barisan Nasional yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’.
Bekas Ahli Parlimen Damansara membuat kenyataan demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut menyuarakan harapan supaya Pakatan Harapan (PH) selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.
Pua turut menegaskan Anwar perlu menggunakan kesempatan ketika menjadi perdana menteri untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia serta kepada mereka tidak percaya dengan gabungan politik berbilang kaum bahawa parti berbilang kaum itu sebenarnya bersih dan tidak korup.
“Perlu tunjukkan supaya (rakyat tahu) ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan (parti) berteraskan Melayu, parti nasionalis Melayu seperti UMNO dan Bersatu.
“Itu sebenarnya yang kita nak lakukan bila kita ada peluang lima tahun lagi bermula sekarang, untuk tunjukkan perbezaan. Bila kita berjaya, saya sangat yakin dalam tempoh empat tahun (akan datang) apabila kita adakah PRU, PH akan terima sokongan besar daripada rakyat Malaysia.
“Kemudian, kita akan boleh tubuhkan kerajaan sendiri dan laksanakan reformasi dan perubahan yang kita mahukan di bawah PH demi kebaikan rakyat Malaysia. Itu paling mustahak untuk kita semua,” katanya.,” kata Pua.
Mengulas lanjut, Pemuda UMNO mahu Pua untuk cermin dahulu diri sendiri sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan sedangkan beliau hanya tin kosong yang tidak memberi manfaat kepada pembangunan negara.
“Jangan dek kerana tindakan biadab seorang individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala dan berhenti di tengah jalan.
“Tony Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting dalam memastikan nasib dan igauan ngeri orang Melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang.
“Selain itu juga, kepakaran dan pengalaman Menteri Barisan Nasional ketika ini juga yang menjadi faktor penting kepada kelancaran pentadbiran YAB Perdana Menteri ke-10,” tambahnya.
Susulan itu, Pemuda UMNO menuntut DAP agar mengambil tindakan tegas terhadap Pua. – MalaysiaGazette

















UMNO aje yang terhegeh-hegeh nak join PH, walhal DAP bukan suka dengan UMNO. Undi PH dapat UMNO korup mungkin ini maksudnya. Ada lagi ke maruah UMNO bila dihina begini.