Datuk Rozman Isli

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini membebaskan bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), Datuk Rozman Isli terhadap pertuduhan rasuah  hari ini.

Menurut Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rozman berkait tuduhan menerima suapan rasuah empat tahun lepas.

Pada 14 Oktober 2021, mantan Ahli Parlimen Labuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas  pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara pukul 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan  boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast