Situasi aliran trafik dari arah Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Plaza Tol Gombak mulai sesak kerana kebanyakkan warga kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Karak, Pahang. Foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2023.

KUANTAN – Sebanyak satu juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur (KLK) dengan jangkaan peningkatan sebanyak 70 peratus sempena cuti Hari Raya Aidiladha ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Imran Gulcharan Abdullah berkata, pihaknya telah mengeluarkan Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) bagi membantu pengguna jalan raya mengetahui maklumat penting mengenai corak aliran trafik.

“Kami menjangkakan lonjakan trafik yang signifikan semasa musim perayaan ini dengan lebih satu juta kenderaan dijangka menggunakan KLK iaitu jangkaan peningkatan sebanyak 70 peratus kenderaan.

“Lebih kurang 430,000 kenderaan dijangka melalui ECE1 dengan anggaran peningkatan sebanyak 60 peratus. Kami menggalakkan semua pengguna jalan raya untuk mengikuti panduan TTA bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa,” tambahnya.

TTA tersebut boleh digunakan bagi merancang perjalanan semasa musim perayaan Aidiladha kerana pengguna jalan raya djangka berhadapan dengan trafik yang padat menuju ke Pantai Timur semasa hari puncak dari 27 hingga 28 Jun 2023.

Sebagai usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan ini, ANIH Berhad akan menambah bilangan kakitangan sokongannya sehingga 20 peratus yang terdiri daripada petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC) serta menempatkan seramai lebih daripada 170 anggota RELA.

Mereka ditempatkan di kawasan strategik di sepanjang lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh tersebut.

ANIH juga membuat persediaan untuk membuka lorong kontra di lokasi yang sesak dan bersesuaian serta lorong tambahan tol bagi transaksi secara manual. – MalaysiaGazette