Zeti Akhtar (dua dari kiri) menyampaikan ‘Most Influential Women in Islamic Business & Finance 2022 dan diiktiraf sebagai ‘Womeni Academica For The Year 2022’ oleh Cambridge IFA di Menara Maybank Kuala Lumpur, baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Profesor Ekonomi dan Kewangan Islam dan Dekan Pusat Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof disenaraikan dalam kategori ‘Most Influential Women in Islamic Business & Finance 2022 dan diiktiraf sebagai ‘Womeni Academica For The Year 2022’ oleh Cambridge IFA.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar di Menara Maybank Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan anugerah ini sememangnya satu pengiktirafan kepada semua wanita yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada pembangunan perbankan Islam di Malaysia serta di peringkat antarabangsa,” katanya.

Jelasnya, program WOMANi telah dilancarkan secara rasmi oleh Cambridge IFA pada 2018 untuk memperkasakan wanita dan meraikan pencapaian cemerlang mereka dengan memperkasakan sekurang-kurangnya satu juta wanita darii pelbagai negara merentas pelbagai bidang profesion.

Rosylin telah menjadi penyokong Perbankan dan Kewangan Islam sejak empat dekad lalu.

Beliau menyifatkan anugerah itu adalah kemuncak dedikasi, profesionalisme, ketabahan, kejayaan dan kerja kerasnya sepanjang karier dalam mengajar, menyumbang kepada penyelidikan dan penerbitan dalam Ekonomi dan Kewangan Islam.

Rosylin merupakan ahli exco ‘International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE)’, Pengerusi Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial, Akademi Profesor Malaysia, ketua editor Jurnal Antarabangsa Perniagaan Islam dan ahli editorial Jurnal Perakaunan Islam dan Penyelidikan Perniagaan yang berpangkalan di United Kingdom.

Beliau telah menerbitkan lebih daripada 50 kertas kerja dalam bidang Perbankan & Kewangan Islam dan menerima Anugerah Sasterawan Zamrud Antarabangsa pada 2019, selain meraih pelbagai anugerah dalam penyelidikan dan penerbitan di peringkat nasional dan antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast