KUANTAN – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kematian warga emas yang maut akibat kebakaran di sebuah rumah flat di Bentong pada pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Bentong, Superintendan D berkata, suspek yang juga anak warga emas itu berusia 22 tahun.
Dalam kejadian 25 Jun lalu, seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun ditemui terbaring di atas lantai di sebuah rumah flat di Bentong.
Berdasarkan laporan media, mayat lelaki itu ditemui selepas empat hari meninggal dunia.
Mangsa juga mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar, katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semasa kejadian, isteri mangsa berusia 61 tahun bersama anak kedua mereka berada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di Hospital di Kuala Lumpur (HKL) sejak 19 Jun lalu.
“Mangsa telah ditinggalkan bersama anak bongsu di rumah,” katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan. – MalaysiaGazette
















