Tiong King Sing

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tampil memberi peringatan kepada kepimpinan Pas supaya ‘belajar’ daripada negara Islam berkuasa besar selepas ini.

Ini susulan insiden seorang wanita bukan Islam yang dikompaun kerana berpakaian tidak sopan di Kelantan.

Kata King Sing negara Islam seperti Arab Saudi lmaju dan berkembang dalam sektor pelancongan mereka tanpa menafikan hak orang lain yang berbeza agama.

Jelas beliau, sekiranya kejadian kompaun wanita bukan Islam itu berulang, maka ia boleh memberi kerisauan dan impak besar kepada penduduk tempatan dan pelancong.

“Situasi seperti ini sekali gus menjejaskan sektor pelancongan negeri. Saya sekali lagi ingin mengingatkan kepada semua pihak, tidak kira parti, agama atau bangsa sekali pun bahawa Malaysia sebuah negara bermasyarakat majmuk.

“Lainlah kata kalau wanita tersebut tidak berpakaian, tambahan pula beliau pada ketika itu berada di dalam premis perniagaan sendiri, bukannya di kawasan tumpuan awam seperti bangunan kerajaan yang memerlukan orang awam mematuhi kod etika berpakaian,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini MPKB-BRI mengenakan kompaun kepada seorang peniaga wanita bukan Islam  selepas didapati berpakaian tidak sopan ketika berada di premis perniagaan.

King Sing berkata, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.’

“Perkara 8 juga jelas menunjukkan bahawa kesamarataan dilindungi dan mengharamkan sebarang diskriminasi termasuk atas alasan agama, keturunan, tempat lahir mahupun jantina.

“Ini mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama dan kaum yang aman sentosa.

“Sekali lagi ditegaskan bahawa saya sebagai golongan bukan Islam tidak sesekali menafikan atau mempersoal mana-mana agama atau kaum di negara ini,” tegasnya.

Kata King Sing lagi, sebagai warganegara Malaysia yang cintakan tanah air, perlulah saling hormat menghormati dan meraikan kepelbagaian.

“Kita perlu mendukung Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada kekuatan Malaysia selama ini,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. King Sing ni ketinggalan bas… tuan badan telah akur dan selesai tidak terulang lagi. Bodoh bangang adalah percuma dan tidak menjadikan kesalahan pada diri sendiri tapi jangan banyak sangat….

  2. Penguatkuasaan tu ikut undang2 juga, mana pergi kedaulàtan undang2 yg kata sokong?

  3. point dia tidak patut dikenakan compound sbb amoooi tu berada dlm permis dia bukan berada ditmpat2 kawasan luar spt yg dikuatkuasakn.. boleh bg Teguran amaran keras spaya ianya boleh berubah.

Comments are closed.