PUTRAJAYA – Masjid Putra di sini bagaikan berubah wajah apabila ribuan jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha majoritinya dalam kalangan warga asing khususnya dari negara Timur Tengah dan benua Afrika.

Jemaah warga asing mengenakan busana tradisi dengan jubah ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.
Jemaah warga asing mengenakan busana tradisi dengan jubah ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.

Menariknya kebanyakan warga asing ini mengenakan pakaian kebangsaan dan tradisi masing-masing, sama ada dari Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Palestin, Afrika mahupun Pakistan.

Kepelbagaian fesyen yang dipakai warga asing untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra dilihat seolah-olah berada di negara lain.

Jemaah warga asing mengenakan busana tradisi dengan jubah dan serban semasa menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.
Jemaah warga asing mengenakan busana tradisi dengan jubah dan serban semasa menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.

Antara pakaian tradisi itu ialah kain Kaffiyeah atau Ghutrah yang lazimnya berwarna putih dan merah adalah ibarat mahkota lelaki Timur Tengah.

Selain itu, jemaah yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-masing secara berkumpulan termasuk jubah dan serban dengan pelbagai corak dan lilitan di kepala.

Antara jemaah lelaki warga asing mengenakan busana tradisi dengan jubah ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.
Antara jemaah lelaki warga asing mengenakan busana tradisi dengan jubah ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.

Tidak hairanlah keadaan ini berlaku kerana ramai warga kota meninggalkan ibu negara pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Raya Korban.

Keadaan sama berlaku setiap kali musim perayaan apabila pusat bandar utama akan dibanjiri warga asing yang beraya di perantauan. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast