Ringkas namun amat bermakna.
Biar pun ibadah korban dilangsungkan secara ringkas di kawasan tepi jalan, namun bagi penduduk Puncak Bukit Jalil ia membawa makna yang amat besar lantaran dapat sama-sama menghayati ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Sebanyak empat ekor lembu dikorbankan sumbangan penduduk tempatan Puncak Bukit Jalil. Warga asing yang merupakan jemaah surau dan tinggal di kawasan berdekatan turut dijemput untuk meringankan kerja-kerja gotong royong.















