Premier Integrated Labs yang sebelum ini dikenali sebagai Pantai Premier Pathology merupakan salah satu anak syarikat di bawah IHH Healthcare Berhad.

KUALA LUMPUR – Premier Integrated Labs iaitu syarikat perkhidmatan makmal diagnostik melakar sejarah apabila melakukan penjenamaan semula syarikat tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Pantai Premier Pathology selepas berada 25 tahun di dalam industri perkhidmatan diagnostik.

Menerusi jenama baharu ini, Premier Integrated Labs akan lebih berkembang dan mengukuhkan kedudukan pasarannya untuk mencapai matlamat sebagai penyedia perkhidmatan makmal diagnostik yang terkemuka di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hareeff Muhammed berkata, penjenamaan itu juga bertujuan memberi laluan kepada Premier Integrated Labs untuk lebih terbuka merentasi sempadan perkhidmatan diagnostik ke arah perkhidmatan makmal yang lebih komprehensif.

Kata beliau, antara pelan strategik Premier Integrated Labs adalah untuk menjadi sebuah perkhidmatan makmal rujukan yang lebih mengfokuskan ujian-ujian diagnostik khusus seperti bidang diagno tik molekul, sitogentik, jujukan genom, histologi, dan kesihatan keluarga.

“Perkhidmatan khusus ini juga bukan sahaja ditawarkan di kalangan kumpulan hospital IHH Healthcare Berhad tetapi juga akan diperluaskan pasaran melangkaui sempadan pasaran Asia Tenggara.

“Kesinambungan penjenamaan semula ini juga akan dapat mempelbagaikan perkhidmatan Premier Integrated Labs seperti ujian analitikal kesihatan pekerjaan, kebersihan industri serta ujian makanan dan langkah ini adalah perlu dalam melestarikan perkhidmatan makmal tersebut dalam ekosistem penjagaan kesihatan.

“Perkhidmatan tersebut adalah termasuk menggabungkan penyelesaian logistik untuk pengurusan rantaian sejuk, informatik penjagaan kesihatan, analisis data besar dan pembuatan bahan keperluan makmal dan diagnostik,” katanya dalam satu kenyataan pada majlis penjenamaan semula Premier Integrated Labs di sini baru-baru ini.

Pada majlis sama, anak syarikat di bawah IHH Healthcare Berhad turut melancarkan logo dan identiti baharuserta mempamerkan visi strategik untuk menjadi sebuah syarikat perkhidmatan makmal yang terkehadapan menerusi kecemerlangan, perkongsian kolaboratif dan memacu kemajuan dalam teknologi makmal diagnostik.

Pantai Premier Pathology telah berada 25 tahun di dalam industri perkhidmatan diagnostik dan kini dikenali Premier Integrated Labs.

Mengulas lanjut, Hareeff menambah, Premier Integrated Labs turut memperkenalkan aplikasi penyelesaian digital baharu yang dikenali sebagai i-Premier.

Menurutnya, platform itu bertujuan untuk menyelaraskan proses dalaman dan meningkatkan kualiti dan pengalaman pelanggan melalui pesanan makmal yang lancar, permintaan untuk bahan keperluan makmal, penjejakan penghantaran sampel dan lain-lain perkhidmatan penting.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga melancarkan Program Premier Wellness yang bertujuan untuk menguar-uarkan kepentingan penjagaan kesihatan yang holistik yang merupakan pogram ini bersifat pencegahan awal dan pemerkasaan pesakit.

“Ini menunjukkan komitmen Premier Integrated Labs terhadap kesejahteraan optimum dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

“Premier Integrated Labs juga telah mengumumkan kerjasama strategik dengan rangkaian rakan kongsi bagi melakarkan inovasi dan kepakaran dalam industri penjagaan kesihatan.

“Kerjasama ini akan dilihat sebagai komitmen Premier Integrated Labs untuk merealisasikan kemajuan dalam ketepatan diagnostik, teknologi dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Pada masa sama, sagi menunjukkan kesungguhan dalam mendukung konsep kelestarian terhadap alam sekitar, Premier Integrated Labs turut melancarkan Kempen Botol Plastik Sifar sebagai komitmen tanggungjawab pada alam sekitar mengurangkan sisa plastik sejajar dengan matlamat kelestarian IHH Healthcare. – MalaysiaGazette