Tiong King Sing

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengaku beliau merupakan VIP berstatus menteri yang tular di laman media sosial yang dilaporkan membuat ‘kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuntut pelawat China ditahan Jabatan Imigresen agar dibebaskan’.

King Sing berkata, apa terkejut apabila dilaporkan telah memasuki dewan ketibaan tanpa memohon pas, sedangkan ia tidak diperlukan kerana memiliki pas yang sah untuk memasuki kawasan tersebut.

Berikutan itu, menteri tersebut mempersoalkan mengapa isu tersebut diperbesarkan dengan memberikan persepsi yang salah terhadapnya.

Menteri itu memberitahu, beliau ke KLIA selepas menerima aduan daripada seorang pelancong untuk memantau untuk memahami suasana ketibaan pelancong asing ke Malaysia.

“Saya bersyukur, kerana kehadiran saya di KLIA semasa kejadian telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalagunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara,” dakwanya menrusi kenyataan, hari ini.

Menurut King Sing, pada mulanya beliau tidak mahu mendedahkan perkara tersebut namun disebabkan isu ini tular dan ramai pengamal media menghubungi saya, maka beliau memberi penjelasan menerusi kenyataan media.

“Pertama, saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh saya melepaskan pelancong asing yang diahan oleh pihak imigresen sedangkan saya tidak berkuasa dalam soal itu dan jika saya bertindak sedemikian ia hanya akan rosakkan reputasi saya sebagai Menteri,” ujarnya.

Tambah Ahli Parlimen Bintulu itu, memahami batasan sebagai seorang menteri dan tiada gunanya menjadi menteri Kabinet jika tidak mengambil serius isu yang menjejaskan imej negara.

King Sing menjelaskan, bahawa apa yang berlaku ialah pelancong wanita itu ditahan tanpa diberikan alasan kukuh selain timbul masalah apabila tercetus masalah komunikasi antara pihak pegawai Imigresen dan pelancong asing.

Tambahnya, beliau dimaklumkan pelancong tersebut mempunyai dokumentasi perjalanan yang lengkap namun kegagalan komunikasi menghalang Jabatan Imigresen mendapatkan dokumen yang diperlukan darinya.

Kata beliau, menyedari situasi itu, sejak bulan Mac lalu beliau telah mencadangkan inisiatif agar disenyediakan penterjemah bagi pelancong asing dari Timur Tengah, China dan India di pintu masuk negara bagi memudahkan urusan dan proses ketibaan.

“Namun, apa yang pelik adalah kenapa mereka menolak penterjeman yang telah disediakan oleh pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)? Dalam lawatan ke KLIA itu, saya turut membawa pegawai siasatan dari unit integriti di bawah MOTAC.

“Saya merasakan kini sudah tiba masanya pasukan SPRM masuk ke KLIA secara besar-besaran untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku di pintu masuk utama negara ini,” katanya.

King Sing mendakwa telefon bimbit pelancong asing dirampas tanpa diberi penjelasan selain tanpa mengetahui mengapa mereka ditahan tanpa di pintu masuk Malaysia.

Tambahnya, beliau juga mendapat maklumat bahawa terdapat pegawai yang mengubah akta yang termaktub dalam perundangan mereka sesuka hati ketika melaksanakan undang-undang di lapangan.

“Malah, wanita yang ditahan tersebut juga tidak diberikan makanan yang sewajarnya sepanjang proses tahanan dan ini jelas melanggar undang-undang.

“Saya difahamkan Wanita tersebut diberi makan hanya sekali sahaja dalam tempo 15 jam sepanjang ditahan,” dakwanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tindakan apa yang dikatakan kecoh oleh menteri yang disebutkan diatas merupakan suatu perkara yang amat serius! Harap Dato Ayob dapat membuat siasatan dengan segera dan mengheret pesalah kemuka pengadilan dengan segera.

Comments are closed.