Gambar Hiasan
Pemilihan parti Gerakan bakal menyaksikan empat calon bertading bagi jawatan presiden setakat ini.
KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya empat orang dijangka bertanding jawatan presiden Gerakan.

China Press melaporkan, selain Datuk Dominic Lau mengesahkan mahu mempertahankan jawatan presiden, Ketua Gerakan Simpang Renggam yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Liang Teck Meng turut menyatakan hasrat bertanding.

Selain itu, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Lau Hoi Keong yang pernah bertanding di kerusi Parlimen Kepong juga mengesahkan akan masuk gelanggang.

Pemilihan parti bertambah meriah apabila Ketua Gerakan Melaka, Michael Gan juga dilaporkan akan bertanding.

“Pertandingan jawatan presiden dijangka menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru dan ini menunjukkan ramai pemimpin masih berkeyakinan dengan parti dan mahu membawa parti ke depan dan ke hala tuju yang lebih baik,” kata Hoi Keong kepada China Press.

Hoi Keong juga menyatakan keyakinan untuk memenangi pertandingan itu kerana perwakilan di peringkat bahagian, negeri dan pusat telah memberi maklum balas yang baik.

Gerakan yang satu ketikanya parti komponen BN bertindak keluar dari gabungan tersebut selepas kekalahan teruk sebelum menyertai PN yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Masih ada peminat utk terajui Parti Gelakan? Manala tau slps PRU16 dapat jawatan menteri sejak sekian lama ditinggalkan. Namun result PRU 15 nampaknya bakal berulang kalu masih diterajui oleh mereka yg dh dikategorikan sbg dinosour yg ditolak pengundi sblm2 ni. Ubah balik imej drpd Parti Gelakan kepada Parti Gerakan yang dihormati kawan dan lawan sebelum2 ini.

Comments are closed.