Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar pembayaran cukai negeri kepada Kerajaan Persekutuan dapat dikurangkan.

Menurut Tunku Ismail dengan pengurangan pembayaran tersebut wang berkenaan boleh digunakan untuk negeri Johor lebih berdikari.

Malah baginda berharap wang lebihan itu boleh digunakan bagi penyelengaraan infrastrukur demi kemudahan dan kebajikan rakyat Johor.

Tunku Ismail bertitah demikian ketika menjawab soalan pengguna di Twitter mengenai harapan baginda sempena ulang tahun kelahiran hari ini.

“Tiada apa. Hanya visi dan harapan untuk mengurangkan cukai negeri saya yang dibayar kepada Kerajaan Persekutuan supaya kita dapat berdiri dengan dua kaki kita sendiri.

“Menyelenggara infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah dan pendidikan, pengurusan air, rumah mampu milik, tebatan banjir dan lain-lain,” kata Tunku Ismail.

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter eKharus bertanya, apakah hadiah yang Tunku Ismail berikan kepada diri sendiri sempena sambutan kelahiran baginda.

“Oh selamat hari lahir @HRHJohorII . Apakah yang diberikan oleh lelaki kepada yang mempunyai segala-galanya kepada dirinya pada hari lahirnya?” tanya beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast