KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna laman sosial yang menulis ciapan biadab berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di hospital.

Menerusi ciapan di Twitter, Perdana Menteri mengarahkan pengguna berkenaan, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” ciapnya.

Terdahulu, Zaki menulis satu ciapan yang dikaitkan dengan  Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tulisnya: “Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu.

P/S: Ambil sekali Mahathir,” tulis Zaki yang pernah menjadi Exco Pemuda PKR

Semalam, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan sedang dirawat di hospital.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di Facebooknya.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. doa itu diangkat ke langit. lalu dirujuk ke loh mahfuz . jika ada disana di takdir demikian maka Allah menyuruh dilaksanakan . tapi jika tak ada maka doa itu akan di hantar kembali kepada yang berdoa . maka doa itu menjadikan doa untok dirinya sendiri .

Comments are closed.