KUALA LUMPUR – Zainariah Johari diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Beliau menggantikan Junady Nawawi yang menamatkan tempoh perkhidmatannya.
Berpengalaman lebih tiga dekad, Zainariah merupakan seorang yang disegani dalam industri kreatif.
Zainariah pernah menjadi Ketua Unit Seni, Warisan dan Ruang Awam selama lebih tujuh tahun di Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad, terlibat
secara aktif dalam menjayakan inisiatif seperti Geran Khas Hasanah, “Arts for all Seasons” (ArtsFAS).
Usaha ini telah memberi impak kepada lebih 5,000 seniman dan organisasi seni di seluruh negara serta membuka ribuan peluang pekerjaan.
Zainariah memulakan inisiatif “Cultural Frontliners” yang membawa pemuzik jalanan dan ahli muzik membuat persembahan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MITEC yang membantu
meringankan beban kelangsungan hidup mengharungi zaman pandemik.
Inisiatif ini kemudiannya dicontohi oleh PPV lain.
Beliau juga merupakan usahawan kandungan kreatif dan Ketua Pegawai Eksekutif di Asia Pacific Videolab serta menerima pengiktirafan pencalonan Anugerah Emmy melalui
karyanya, “The Challenger”. – MalaysiaGazette















