Harumaini Omar

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Selangor mempertimbangkan untuk turut bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu kelak.

Menurut Ketua Majlis Pimpinan Negeri, Harumaini Omar, parti itu telah mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan hasrat berkenaan.

“Justeru itu, pendekatan baru secara bersasar akan digunakan Pejuang Selangor dengan memberikan pertimbangan kepada kekuatan jentera, sokongan akar umbi, demografi penduduk, perkembangan politik semasa, kriteria calon yang bertanding dan beberapa faktor lain termasuk analisis pasca nilai  dalaman yang telah dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali itu, keputusan itu dicapai Pejuang Selangor pada Ahad lalu.

Mei lalu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti itu berharap dapat menyertai PRN di enam negeri yang akan diadakan nanti dan sudah bersiap sedia untuk tujuan terbabit.

Pejuang kata Mukhriz bagaimanapun tidak meletakkan harapan yang tinggi seperti PRN Johor dan pilihan raya umum yang lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast