Anthony Loke

KITA pernah bersahabat, anda seorang ahli politik yang berpengalaman. Atas dasar pengalaman juga, anda diterima oleh ahli dan pimpinan hingga dipilih menjadi setiausaha agung. Soal anda dibayangi oleh ‘tokong’ Guan Eng atau tidak, itu biarlah ahli DAP yang berbicara, bukan saya.

Biar kita berbicara atas pengalaman. Jika anda berkata anda kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir tentang peranan DAP dalam kerajaan Madani yang mempromosikan negara pelbagai kaum, maka saya yakin, anda sebenarnya sedang membuat drama.

‘Drama politik’ ini termasuk dalam kategori kerja ahli politik yang berpengalaman.

Jika benar ungkapan Tun M itu salah pada Loke atau DAP. Mengapa Loke dan pimpinan DAP tidak terfikir bahawa mengapa sekolah vernakular masih wujud? Sekolah vernakular ini adalah ‘keistimewaan’ yang diberi selepas negara mencapai kemerdekaan. Anda mendapat keistimewaan yang tidak diperolehi masyarakat Cina di Thailand, Indonesia atau Filipina.

Jika anda rasa kenyataan Tun M itu salah, mengapa anda tidak lihat senarai orang terkaya di Malaysia? Jika negara ini negara hanya untuk orang Melayu, mengapa taikun orang kaya kebanyakkannya dari kalangan Cina?

Tun menyatakan realiti, tetapi realiti ini terlalu pahit untuk ditelan oleh anda, sdr Loke.

Apa realiti itu?

Untuk faham latar belakang agenda pelbagai kaum ini mudah ; meraikan pelbagai kaum, budaya dan agama DAN menolak adanya unsur-unsur dominasi mana-mana kaum dalam mana-mana aspek, penempatan, pekerjaan dll. Ini definisi paling asas untuk difahami dengan mudah.

Mari kita semak sama

Lihat bagaimana polemik tiga muka surat tulisan jawi dalam buku teks sekolah. Ia diperbesarkan hingga ke suatu daerah yang tidak masuk akal, gambaran dibuat seolah-oleh bangsa lain sedang diancam oleh Islam.

Lihat isu kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy yang meminta Anwar menghapuskan dominasi penjawat awam dikalangan Melayu. Seolah-olah dasar kerajaan telah berlaku zalim pada bangsa lain.

Lihat bagaimana halusnya ‘Tony Pua’ menyindir parti ‘Melayu’ yang dilabel semuanya korup dalam ceramahnya baru-baru ini.

Ini semua drama, skripnya masing-masing sudah faham dan kunci mulut (bersetuju). Ini politik senyap, kita tahu.

Apabila berdepan dengan mana-mana kritikan, pemimpin DAP akan guna skrip klise “itu bukan suara rasmi parti”. Podah.

Duta-duta kempen senyap ini rajin bekerja.

Menteri Belia dan Sukan, senyap-senyap menyokong kempen “melawat Gereja” untuk anak-anak muda. Ini kempen kesedaran politik sosial demokrasikah? Tak pula dia berhujah, sama – politik senyap.

Atas kertas dan di depan media Menteri Nga Kor Ming sebut “cadangan perlaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan bukan keutamaan ketika ini”.

Namun hakikatnya, agenda ini tertera dan tidak pernah digugurkan dari agenda dalam buku perlembagaan parti DAP.

Memang, dipermukaan (rasmi) DAP tidak akan sekali-kali mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam termasuk institusi raja. Tidak ada parti politik yang begitu bodoh untuk melawan atau mempertikaikan perkara-perkara ini secara terang-terangan.

Loke, anda hanya membuat drama dengan kenyataan klise iaitu; DAP hormati Raja, Melayu dan Bahasa. Ini semua skrip drama yang menghina orang.

Mak cik pak cik di kampung juga tahu dan mahir seni politik seperti ini.

Sebagai contoh. Jika saya tidak mahu makan makanan yang diberikan oleh Loke, saya tidak akan kata “saya tak suka makanan yang diberi Loke”.

Sebaliknya saya akan tolak dengan sebijak mungkin, dengan bahasa yang sopan dan halus, “Tak apa, saya sudah makan, terima kasih Loke”.

Ini kaedah politik halus bagaimana niat kita, disembunyikan, ia bukan suatu yang rahsia.

Oleh yang demikian, semua rentetan sikap dan langkah politik DAP ini, sememangnya cenderung ke arah dakwaan Tun Mahathir itu.

Konsep negara pelbagai kaum ini tidak tertera dalam perlembagaan persekutuan. Apa-apa yang bercanggah dengan perlembagaan maka ianya harus dibantah. Maka, ‘membantah’ ini adalah proses politik demokrasi yang adil.

Cuma yang menyedihkan, ada budak-budak DAP Melayu yang berhempas pulas mempertahankan ‘fakta’ juling pemimpin DAP ini. Saya faham situasi budak-budak Melayu yang memerlukan kerja dan mencari ruang. Saya tak perkecilkan usaha jujur mereka.

Tuan-tuan,

Modus operandi DAP ini mudah. Tarik seramai mungkin orang muda kerana orang muda senang dipancing dengan politik hujah dan ‘fakta’. Politik hujah dan fakta akan nampak smart (bijak), ini yang anak muda suka. Tapi semua ini, retorik saja.

Selepas itu, berikan mereka tempat atau ruang untuk ke depan, beri biaya (fund) sedikit mana perlu. Maka mereka akan menjadi suara bagi pihak DAP; maka DAP dilihat meraikan semua kaum, nampak molek. Saya tahu, kerana saya pernah laluinya.

Yang menariknya, jika parti dan pimpinan lain sedar MO DAP ini dan bertindak membuka ruang kepada orang muda. Nescaya dalam 5 tahun, DAP akan menjadi seperti MCA dan Gerakan.

Dalam politik, tiada yang mustahil, buktinya lihat di mana UMNO dan DAP sekarang.

Lim Kit Siang pernah mengangkat propaganda ‘Ketuanan Rakyat’. Propaganda politik pelbagai kaum ini untuk melawan propaganda ‘Ketuanan Melayu’ UMNO (dulu).

Loke, adakah awak nampak semua ni?

Mahdzir Ibrahim
Pendukung Proklamasi Orang Melayu

 

*Artikel ini memaparkan pandangan pembaca dan tiada ada kena mengena dengan pendirian portal kami. – MG

1 Komen

  1. Contoh terbaik di negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait juga pelbagai kaum ada hak asasi warganegara asal daripada negara-negara asal kaum masing-masing tanpa diberi hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar sewa dan cukai harta yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut dan bukan sebaliknya muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir istimewa pro kibbutz di tanah rizab Melayu sebijik sebesar kibbutz di Penang dan Singapore ooii!

Comments are closed.