Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR- Bestinet Sdn. Bhd. (Bestinet) melantik Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sebagai pengerusi lembaga pengarahnya.

Bestinet dalam kenyataan berkata, Tengku Abdul Rahman yang baru-baru ini menjadi pemegang saham di syarikat itu turut mengambil alih tanggung jawab sebagai pengarah syarikat yang baharu berkuatkuasa 30 Jun 2023, menggantikan Datuk Seri Mohd. Amin Abdul Nor yang meletakkan jawatan.

Menurut kenyataan itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Ismail Mohd Noor percaya, sudut pandang baharu daripada Tengku Abdul Rahman bakal memacu syarikat ke peringkat lebih tinggi.

“Objektif utama Bestinet adalah untuk mewujudkan kerjasama kukuh dengan pengerusi baharu dan menyasarkan untuk memberi nilai lebih baik kepada rakyat dan pemegang taruh.

“Syarikat akan kekal komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyediakan penyelesaian komprehensif teknologi maklumat dengan fokus utama terhadap sekuriti, biometrik dan kepintaran buatan,” katanya.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast