Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Gombak dan Petaling di Kampung Sungai Chinchin, Gombak musnah dalam kebakaran hari ini.- Gambar bomba.

KUALA LUMPUR – Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Gombak dan Petaling di Kampung Sungai Chinchin, Gombak musnah dalam kebakaran hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.35 tengah hari.

Katanya, seramai 21 anggota termasuk pegawai bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Gombak dan Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik anggota tiba mendapati kebakaran membabitkan pejabat kelas C musnah 80 peratus dan sebuah kontena telah musnah sepenuhnya dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Wan Md Razali, kebakaran berjaya dikawal pukul 2.08 petang dan tiada melibatkan sebarang kemalangan jiwa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast