Pesawat MiG-31. Foto: Facebook

MOSCOW – Sebuah pesawat pemintas, MiG-31, milik Rusia terhempas di wilayah Kamchatka, Rusia.

Misi mencari dan menyelamat juruterbang pesawat sedang dilakukan, kata Angkatan Pasifik Rusia.

“Pada 4 Julai, sebuah pesawat pejuang MiG-31 terhempas di perairan Avachinskiy Zaliv semasa melakukan penerbangan latihan di wilayah Kamchatka,’ menurut satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan pesawat tersebut tidak membawa peluru. – Agensi