Warga emas meninggal dunia selepas mengalami muntah-muntah ketika berada di sebuah restoran di Subang Jaya.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas meninggal dunia selepas muntah ketika berada di sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada 10.14 malam.

Menurutnya, lelaki yang berusia 53 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Melayu (PPUM) susulan keadaannya yang lemah dan disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

“Waris mangsa iaitu kakak kepada mangsa telah dihubungi,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit darah tinggi namun tidak pernah mendapatkan rawatan susulan daripada klinik atau hospital kerajaan.

Dalam masa yang sama Wan Azlan berkata, PPUM akan menjalankan bedah siasat untuk mendapatkan punca kematian lelaki tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast