Gambar hiasan

JOHANNESBURG – Kebocoran gas nitrat oksida yang berlaku di sebuah penempatan di sini telah menyebabkan kematian 16 orang.

Mangsa yang maut termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kebocoran yang berlaku pada hari Rabu dikaitkan dengan aktiviti perlombongan emas haram di kawasan itu.

Gas nitrat oksida sering digunakan oleh pelombong emas haram untuk mengekstrak emas dari tanah lombong terbiar.

Salah satu silinder gas itu didapati bocor di bandar Angelo yang berpendudukan  padat di Boksburg.

Mangsa-mangsa yang maut ditemui dalam radius 100 meter dari tempat kejadian.

Malangnya, tiada mangsa yang dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa bimbang lebih banyak mayat boleh ditemui semalaman ketika pasukan mencari dan menyelamat meneruskan kerja-kerja menyelamat.

Tragedi ini berlaku hanya enam bulan selepas lori tangki gas meletup pada malam Krismas yang meragut 41 nyawa di bandar yang sama. – Agensi