NEWDELHI – Lebih 50 mayat masih tidak dituntut sebulan selepas nahas kereta api maut mengorbankan sekurang-kurangnya 293 orang di India pada awal bulan lalu.
Kemalangan itu berlaku pada 2 Jun di negeri timur Odisha apabila kereta api penumpang melanggar kereta api barangan yang tidak bergerak lalu tergelincir ke landasan bersebelahan.
Beberapa koc yang terbalik kemudian dilanggar oleh kereta api lain yang lalu.
Lebih 1,000 orang cedera dalam nahas itu, mahas kereta api paling tragis di India.
Meskipun kereta api sudah beroperasi semula, namun banyak keluarga yang masih mencari keluarga masing-masing yang hilang.
Dilaporkan sebanyak 52 mayat lagi masih disimpan.
Keadaan mayat yang sukar dicam menyukarkan proses pengecaman oleh keluarga masing-masing.
Minggu lalu, 29 mayat telah dikenal pasti dengan melalui ujian DNA dan pihak hospital sudah menyerahkan kepada keluarga.
Pihak berkuasa pula berhati-hati dalam proses pengecaman identiti bagi memastikan tiada kesilapan berlaku.
Hakikatnya, semakin lama masa diambil, semakin sukar untuk mengenal pasti mayat. – Agensi