P. Ramasamy

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan peluang untuk mentadbir negara untuk satu penggal penuh.

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P. Ramasamy berkata, Anwar perlu diberi kerangka masa yang munasabah untuk menjalankan tugasnya.

Menurut Ramasamy, adalah tidak munasabah untuk mengharapkan pembaharuan dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Beliau mengulas pihak yang kecewa dan mengharapkan pembaharuan segera daripada Perdan Menteri.

Tambah Ramasamy, jika rakyat Malaysia bertolak ansur sebanyak dua kali dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah tentu Anwar juga perlu diberikan peliang sekurang-kurangnya satu penggal penuh.

Tempoh berkenaan adalah perlu bagi membolehkan Anwar melaksanakan reformasi dalam pelbagai bidang seperti yang diharapkan.

“Saya bersetuju bahawa adalah banyak jangkaan bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara untuk Anwar mengemudi negara keluar daripada kemelut semasa yang dibawa oleh kerajaan terdahulu.

“Bukannya dia tidak boleh dikritik, tetapi pastinya penilaian muktamad awal tentang peranannya agak pramatang pada ketika ini. Bukan kerajaan perpaduan sekarang dikendalikan oleh satu parti atau gabungan yang utuh.

“Apa yang kita ada ialah gabungan gabungan, dibentuk dalam keadaan sukar selepas pilihan raya umum lalu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Anwar juga bukan tidak mahu membuang atau meminda ‘undang-undang keji’ yang menyinggung namun Perdana Menteri merasakan mungkin masanya belum tiba.

Anwar juga menurut Ramasamy, bersungguh-sunggu untuk memerangi rasuah dan memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sebelum ini lembab kembali dicergaskan semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri Perai itu juga berkata, Anwar turut telah berusaha mengatasi isu ekonomi yang dihadapi negara.

“Anwar telah dipersalahkan atas keadaan ekonomi. Kejatuhan eksport, susut nilai mata wang, aliran keluar modal, pasaran saham yang lembap dan paras kemiskinan yang semakin meningkat adalah contoh yang ditunjukkan sebagai ketidakupayaan Anwar untuk mentadbir negara.

“Saya tidak fikir Anwar menganggap ia sebagai khayalan pembangkang. Ia adalah masalah sebenar yang memerlukan penyelesaian sebenar.

“Walaupun penyelesaian dicari dengan mengukuhkan ekonomi dan sistem kewangan, tiada penyelesaian segera. Bukan Anwar tidak melakukan apa-apa, tetapi usahanya tidak memberi kesan seperti yang diharapkan, sekurang-kurangnya buat masa ini,” jelas beliau.

Masalah-masalah tersebut bukanlah diwujudkan oleh Anwar tetapi telah diwarisi sejak dahulu lagi.

Justeru katanya, Anwar harus dinilai berdasarkan prestasinya sekarang bukan berdasarkan beberapa mitos tentang keperibadiannya.-MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. sepenggal? sebelum ni sembang kencang..harga minyak boleh turun dalam 24jam bukan 2 hari bukan 2 minggu. tak boleh pakai la setakat naik dengan membohong dna fitnah sana sini. mana pergi pakar formula yang serba tahu.

  2. kata bodoh nanti kena kecam. Mahathir jadi PM 2 kali bukan rakyat setuju tetapi MP buat KEPUTUSAN. Ekonomi dan MATAWANG teruk, MENURUT kata ANWAR IBRAHIM itu adalah disebabkan KERAJAAN yang BANGANG… RAMASAMY ni tidur atau bulat-bulat macam sibuk? tidak ada beza antara RAMASAMY dengan ZAHID HAMIDI…

Comments are closed.