NEW DELHI – Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India menahan tiga kakitangan kereta api berhubung kemalangan kereta api bulan lalu di negeri Odisha yang mengorbankan hampir 300 orang dan menyebabkan lebih 1,000 yang lain cedera.
“Siasatan oleh CBI telah mendedahkan bahawa tindakan ketiga-tiga mereka membawa kepada kemalangan,” kata seorang pegawai CBI.
CBI sedang menyiasat kemungkinan berlaku konspirasi jenayah dalam kemalangan itu.
Pesuruhjaya Keselamatan Kereta Api (CRS), yang turut menyiasat kemalangan itu minggu lalu, menyifatkan kesilapan manusia di jabatan isyarat sebagai punca kemalangan maut itu.
Insiden itu sebagai nahas kereta api terburuk dalam tempoh lebih sedekad.
Nahas itu berlaku apabila kereta api Howrah Superfast Express dalam perjalanan dari Banglore ke Howrah, Benggala Barat bertembung dengan Coromandel Express dari Kolkata ke Chennai.
Kejadian ini menyebabkan kereta api terbalik sepenuhnya.
Manakala kereta api ketiga, iaitu kereta api barangan yang diparkir di lokasi tersebut, turut sama terbabit. – Agensi