Emraz Travel & Tours Sdn Bhd digantung
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd digantung

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, memutuskan untuk menggantung lesen Emraz Travel & Tours selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai 2023 sehingga 9 Januari 2024.

Penggantungan lesen syarikat ini adalah selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di bawah subseksyen 8(1)(d) iaitu telah menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, dalam tempoh penggantungan lesen ini, Emraz tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah.

Artikel berkaitan: Pelanggan Emraz yang terjejas akan dapat balik wang mereka

Pelepasan Trip Pemulihan Operasi Umrah Emraz

Emraz perlu tiga bulan untuk bangkit semula

EMRAZ bicang dengan TH, nafi jadi scammer

TH gantung lesen Emraz Travel, mahu lindungi kebajikan jemaah haji

Dalam tempoh penggantungan lesen ini juga, syarikat tersebut dikehendaki mengambil tindakan memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan dengan syarikat serta membuat penjadualan semula penerbangan umrah yang tertangguh.

Sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast