Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Jelajah Mega Madani ketika di Laman Niaga Bandar Baru Bangi. Foto MOHD ADZLAN 07 JULAI 2023.

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak ‘bersih’ kerana mempunyai kes rasuah di mahkamah.

Beliau berkata, walaupun PN sering mempersoalkannya melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga ada kes rasuah sebagai timbalannya, parti gabungan Bersatu dan Pas itu juga terpalit dengan kes sakau ketika menjadi kerajaan sebelum ini.

“Ya, Ahmad Zahid ada kesĀ  tetapi Muhyiddin pun ada kes, bukan tiada curi, minyak masak pun curi. Apa jenis manusia ini, kata mahu menjaga Melayu tetapi sakau sana, sakau sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di di sini malam ini.

Anwar menambah, rakyat Selangor harus menggunakan peluang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini untuk mematikan karier politik mereka yang menjadi ‘pengkhianat’.

Tegasnya, kalau mengikut bidalan orang Melayu, pengkhianat bukan sahaja perlu disula sampai mati malah rumah mereka juga harus dibakar manakala tanah dibuang ke dalam laut.

“Mereka yang khianat kita perlu terajang kuat, laju biar jatuh ke tengah laut.

“Bukan apa, sultan dahulu mahu ajar masyarakat Melayu untuk mengajar pengkhianat. Kita boleh berlawan dan berperang tetapi pengkhianat ini bukan sekadar dia tetapi tanah dan rumahnya sekali kita buang,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. apa ceriat kes wak jahid, dulu sebelum jadi kerajaan bukan main nak tegakan kebenaran, tapi skrg dah jadi sahabat baik, semua kes nak digugurkan.. semua politik ni kotor, macam bangkai masing2 bila dah berkuasa

  2. Salam sejahtera kepada semua rakyat Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

    Atok kata BMX punyai sindrome pathological liar setakat ni tak buktikan apa2 lagi berkenaan dakwaannya? Betul ke?

    Ramai tertunggu2 6 kotak bukti yang telah tersimpan sejak sekian lama puluhan tahun?

Comments are closed.