Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Jelajah Mega Madani ketika di Laman Niaga Bandar Baru Bangi. Foto MOHD ADZLAN 07 JULAI 2023.

BANGI – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) memulakan kempen pilihan raya negeri (PRN) dengan menutup buku dan cerita lama.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua gabungan parti perlu bekerjasama dalam PRN di enam negeri demi mengekalkan pantabiran Kerajaan Perpaduan.

“Kombinasi antara BN dan PH, dulu kita lawan, apa yang Datuk Seri Anwar (Ibrahim) tidak kata. Apa saya tidak kata. Itu cerita dahulu. Kita tutup buku lama. Kita buka buku baru.

“29 haribulan ini kita akan mengemukakan calon-calon. Datuk Seri Anwar terima kasih banyak-banyak, PH terima kasih banyak-banyak kerana terus memberi peluang kepada BN di Selangor,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kehadiran ramai penyokong kedua-dua gabungan parti pada majlis Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor malam tadi menandakan rakyat tidak termakan dengan hasutan dan fitnah parti lawan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kehadiran begitu ramai penyokong menunjukkan rakyat mahu Kerajaan Perpaduan terus kekal mentadbir negara dan enam negeri yang akan mengadakan PRN.

Ahmad Zahid berkata, pada pilihan raya nanti BN akan menampilkan calon muka baharu.

“Pada 12 Ogos ini kita akan membuktikan bahawa dari manifesto yang akan kita dibentangkan di enam negeri insya-Allah kita akan laksanakan.

“Untuk BN insya-Allah calon-calon muka baharu akan kita kemukakan sebagai menandakan semangat baharu daripada BN.

“Walaupun MCA dan MIC tak mengemukakan calon saya menghormati keputusan kedua-dua parti mereka yang akan tetap bersama BN dan menyokong semua calon kerajaan perpaduan di enam negeri,” kata Ahmad Zahid.

Dalam ucapannya, Presiden UMNO itu turut memberikan amaran kepada ‘pengkhianat parti’ bahawa mereka akan ‘diajar’ pada pilihan raya negeri nanti.

Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor dirasmikan oleh Anwar yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi PH.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayob dan pemimpin tertinggi PH dan BN.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI “TUTUP BUKU LAMA”? CINA India MELAYU diajar itu adalah SEJARAH.. akarumbi UMNO setuju ke atau itu KEPUTUSAN NOKTAH ZAHID HAMIDI!!! akan ada BUKU baharu ke? jangan tutup 47 KES sudah…
    dulu ANWAR IBRAHIM dan ZAHID HAMIDI… apa yang tak kata… maknanya ANDA berdua PEMBOHONG BESAR ke?
    Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI nak ajar pengkhianat PARTI… takutnya.. tapi PENGKHIANAT AKARUMBI UMNO dalam PAU bila nak di AJAR? ada pemimpin kata ahli-ahli ini akan AJAR CUKUP-CUKUP dalam PRN 6 NEGERI.. Pucuk PIMPINAN MCA MIC dah bagi “bahasa badan” apakah pemimpin utama UMNO masih BEBAL memahami… Hoi Hoi Yahoi ZAHID jangan koyak jangan GOYANG jangan gementar takut ya…
    Manifesto!!! itu pun kelakar… MANIFESTO CELAH MANA datangnya dan siapa punya? PH BN akan GUNA LOGO RASMI masing-masing… manifesto? JIKA sama kenapa guna lain-lain logo yang mengelirukan? untuk JADAH apa? hahaha hehehehe nanti JAWAB dia.. tidak boleh dilaksana macam PRU 15.
    semuanya adalah kerana ZAHID HAMIDI mencuba NASIB menyelamatkan tengok dan perut!!!

  2. cucu cicit umNO kena ingat sejarah yang TIDAK MENIPU atau melayu MUDAH LUPA
    umNO skrg bukan yang lahir 1946…keris pusaka tinggal sebilah saja.umnongok sudah jadi PERASUAH TEGAR dan KHIANAT BANGSA AGAMA SENDIRI

    mereka UMNO 46 inilah dulu BERPUTIH tulang Menentang musuh2 bangsa agama negara

    pemimpin UMNGOK sekarang BERPUTIH MATA diatas tindakan DAPIGS sebagai kekasih dalam kelambu tiada suara umngok BILA ketua RASIS LKS D ANGKAT TAN SRI,,,mula mainkan sentimen agama dan bangsa UMNONGOK hanya sandiwara menentang utk periuk nasi dan tembolok mereka

    asyraf wajdi pernah keluarkan DALIL 19 SEBAB UMNO menetang DAPIGS…akhirnya menjuburi PRINSIP DAN MARUAH PERJUANGAN dalam pungung DAPIGS

Comments are closed.