Mohammed Azman melepaskan kenderaan pasukan anggota penguatkuasa Perkeso pada Majlis Pelancaran Ops Kesan Perkeso Peringkat Kebangsaan di Hotel Movenpick, Sepang, hari ini.

SEPANG – Seramai 9.43 juta pekerja mendapat perlindungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 30 Jun tahun ini.

Ia berikutan kesedaran lebih 581,936 majikan aktif untuk mendaftarkan pekerja masing-masing dengan agensi di bahawa Kementerian Sumber Manusia ini.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, sebelum Ops Kesan 2023 dilaksanakan, pihaknya telah memberi tempoh selama dua bulan agar majikan mematuhi peruntukan Akta 4 dan Akta 800 secara sukarela tanpa mengenakan apa-apa penalti atau tindakan penguatkuasaan walaupun mereka masih belum berdaftar atau mencarum dengan Perkeso.

Katanya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada para majikan untuk menjalankan tanggungjawab mereka

“Jadi, selepas kini kalau kita turun padang untuk buat Ops Kesan kita tidak mahu lagi ada yang kata tidak sedar atau masa singkat dan sebagainya.

“Jadi ini selah sebabnya kita panjangkan masa selama dua bulan,” katanya ketika berucap melancarkan Ops Kesan Perkeso Peringkat Kebangsaan 2023, di sini, hari ini.

Mohammed Azman berkata, dalam tempoh pemutihan tahun ini, sejumlah 14,676 majikan dan 313,891 pekerja baharu didaftarkan dengan Perkeso.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 90,680 merupakan pekerja tempatan manakala, 223,211 pagi adalah pekerja asing.

Tambah beliau, ia merupakan peningkatan sebanyak 19 pertus bagi bilangan majikan dan pertambahan lebih tiga kali ganda bilangan pekerja baharu berbanding tempoh pemutihan tahun lalu yang mecatatkan pendaftaran 12,368 majikan dan 100,452 pekerja.

Katanya, Perkeso akan memastikan tidak ada pekerja yang tertinggal daripada didaftarkan dan majikan perlu patuh dengan undang-undang sedia.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang masih enggan mendaftarkan pekerja mereka dan tindakan tegas akan diambil tanpa ada belas kasihan.

“Bagi saya majikan yang tidak mendaftarkan pekerja mereka adalah majikan yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan serta tidak berhati perut terjadap pekerja mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, kegagalan mendaftar perusahaan dan pekerja merupakan kesalahan di bawah Akta 4 dan Akta 800 yang boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM5,000 dan jika disabitkan kesalahan, boleh mengakibatkan pemilik perusahaan tersebut dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast