BEIJING – Enam orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tikam di sebuah tadika di wilayah Guangdong.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan.

Mereka yang meninggal dunia termasuk guru manakala seorang lagi mangsa dilapor cedera.

Polis menyifatkan serangan itu sebagai ‘disengajakan’.

Tadika berkenaan telah ditutup sementara siasatan masih dijalankan.

Jenayah keganasan agak jarang berlaku di China, tetapi negara ini telah menyaksikan siri-siri serangan pisau dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk di premis sekolah.

Pada Ogos tahun lalu, seorang penyerang bersenjatakan pisau menyerbu sebuah tadika di wilayah Jiangxi, membunuh tiga orang dan mencederakan enam yang lain. – Agensi