Gambar hiasan

KUCHING – Dua lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mencari kepah di pantai Esplanade Buntal, Kampung Buntal, di sini, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan mayat mangsa pertama Mohamad Amin Umar, 39, ditemukan pada pukul 3.30 pagi manakala mangsa kedua, Awang Khairul Aziq Awang Chula, 25, dijumpai pada pukul 3.42 pagi.

Menurutnya, pihak Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.47 tengah malam, melibatkan tiga lelaki yang mencari kepah dengan dua daripada mereka telah hilang dibawa arus manakala seorang berjaya menyelamatkan diri.

“Bomba telah membuat pemantauan dan mencari dalam radius 100 meter di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri lemas. Mangsa pertama telah dijumpai penduduk kampung pada 3.30 pagi, kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kedua dijumpai anggota pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada 3.42 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast