Gambar hiasan

BANGKOK- Harga beras di Asia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun disebabkan pengimport menyimpan stok kerana bimbang terhadap kesan El Nino yang menjejaskan tanaman dan tuaian.

Penanda aras gred di rantau ini, beras putih Thai 5% pecah apabila harganya meningkat kira-kira 15 peratus dalam tempoh empat bulan lalu kepada AS$535 setan, harga tertinggi sejak awal Mac 2023, demikian menurut data Persatuan Pengeksport Beras Thai.

Menurut Presiden Kehormat Persatuan Pengeksport Beras Thai, Chookiat Ophaswongse berkata, industri beras di negara itu mempunyai peluang besar untuk mengeksport empat hingga lima juta tan dalam separuh kedua tahun ini.

Thailand mengeksport 4.1 juta tan pada separuh pertama 2023.

Fenomena El Nino menyebabkan kemarau di Asia Tenggara.

Thailand selaku pengeksport beras kedua terbesar dunia selepas India dijangka berdepan kemarau awal 2024.

Kerajaan meminta penanam padi untuk mengehadkan tanaman kepada satu tuaian sahaja tahun ini.

Pengimport mula menyimpan stok secara agresif. Vietnam menjangkakan eksport beras tahun ini meningkat ke paras tertinggi dalam sedekad dengan lonjakan permintaan daripada pembeli di Filipina, China dan Indonesia.

“Pembelian besar dari Indonesia dan Filipina mendorong pasaran ke paras lebih tinggi.

“Bagaimanapun, pasaran akan kembali lemah awal tahun depan atau mungkin pada suku keempat, melainkan hala tuju politik atau cuaca berubah,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma penyelidikan The Rice Trader, Jeremy Zwinger.-Agens

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast