referendum
Badrul Hisham Shaharin

PUTRAJAYA – Rakyat seharusnya menggunakan enam pilihan raya negeri (PRN) sebagai referendum terhadap kegagalan kerajaan sekarang menangani masalah ekonomi yang melanda negara.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin berkata, rakyat pelbagai kaum sedang hidup dalam kesusahan dan ia merupakan masalah utama yang berlaku ketika ini.

Beliau mendakwa, pihak tertentu cuba memanipulasi isu kaum, agama dan raja (3R) untuk mengalihkan perhatian rakyat serta memujuk golongan bukan Melayu dan bukan Islam untuk menyokong mereka.

“Kita jangan teralih, kita bawa PRN enam negeri nanti soal integriti, persoalan kehidupan rakyat. Kita akan jadikan referendum, kita akan dakap semua kaum semua agama ini negara kita, kita bina bersama negara ini,” katanya.

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che’gu Bard berkata demikian kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum dan bukti mengenai dakwaan tersebut di luar pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan mengesahkan sama ada akan dicalonkan untuk bertanding pada PRN kelak.

“Saya tak pasti. Kalau tahu nama saya naik, beritahulah di mana,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hidup bawah PN senang kaa? ekonomi maju kaa? Kalau senang, tak ada lah bendera putih & rakyat berlambak mati…yg senang cuma Mudin Sakau laaa dgn kuncu2 dia mcm ko ni

Comments are closed.