KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa memantau aktiviti peruncitan di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran bagi mengelak penyelewengan minyak masak peket satu kilogram (kg).
Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, pemeriksaan dan pemantuan melibatkan pelbagai peringkat termasuklah runcit, syarikat pemborong dan pembungkus minyak masak bersubsidi serta pengilang.
“KPDN mengambil maklum laporan oleh akhbar tempatan baru-baru ini berhubung isu penjualan minyak masak peket satu kg bersubsidi yang berleluasa serta mudah diperolehi di negara jiran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambah Azman, KPDN turut mengerakkan jentera penguat kuasanya untuk menjalankan pengauditan di 354 pembungkus minyak masak bersubsidi (COSS) seluruh negara bagi memastikan pematuhan perundangan.
Sebanyak 730 kes melibatkan menyak masak telah diambil tindakan di seluruh negara semenjak 2019 hingga 30 Jun tahun ini dengan nilai RM16.79 juta.
Tambahnya, dalam tempoh yang sama sebanyak 227 kes dihasilkan khusus barang kawalan minyak masa yang melibatkan jumlah rampasan RM658,397.
“Antara kesalahan yang dikesan adalah berniaga barang kawalan tanpa lesen, gagal menyelenggara buku stok dan mengemukakan dokumen palsu,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran supaya mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.- MalaysiaGazette
Kuatkuasa apa? Balik2 serbu kedai runcit. Korang sendiri tak tahu seleweng kat mana dan siapa dalang, korang serbu tempat paling mudah sekadar nak tutup cerita.
Cuba korang periksa syarikat2 pengilang yg packing minyak subsidi. Baki stok kemana diorang jual. Pastu brp banyak minyak gred murah diorg campur masuk dlm minyak subsidi sbb nak kaut untung..