Lapan rumah di Pontian dinaiki air ekoran hujan lebat dan air pasang hari ini.

PONTIAN – Lapan buah rumah di Kampung Serkat di sini dinaiki air berikutan hujan lebat dan air pasang petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian dalam kenyataan memaklumkan situasi banjir di kawasan tersebut terkawal dan tiada pusat penempatan sementara (PPS) dibuka.

“Bagaimanapun anggota APM akan terus membuat pemantauan di kampung berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, llima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diarahkan ke lokasi kejadian pukul 2.55 petang.

Menurut kenyataan itu juga paras air mulai surut pukul 3.30 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast