Bah Mail Pak Gende

KUANTAN – Seorang warga emas dari masyarakat Orang Asli dipercayai hilang dalam hutan di Lipis lebih dari 48 jam sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata mangsa, Bah Mail Pak Gendet, 76, dikatakan keluar rumah sejak Ahad lalu dan tidak pulang sehingga kini.

“Mangsa berasal dari Kampung Chekai RPS Betau, Kuala Lipis dan masuk ke dalam hutan mencari hasil hutan namun keluarga mangsa bimbang akan keadaan mangsa setelah tidak pulang berikutan mangsa menghidap darah tinggi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan sejak semalam masih belum menemui sebarang petunjuk.

“Anggota Balai Polis Sungai Koyan bersama orang kampung telah pergi ke lokasi kejadian. Seramai seorang pegawai, 13 anggota dan 60 orang kampung terlibat dalam pencarian menjejaki mangsa.

“Setakat ini mangsa masih belum dijumpai dan usaha mencari di teruskan dengan bantuan orang orang kampung. Oleh kerana cuaca gelap, operasi SAR dihentikan seketika dan di sambung esok,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast