Tunku Mahkota Johor ( TMJ) Tunku Ismail Ibrahim meneruskan lawatan rasmi ke Singapura dengan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong di The Treasury hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor ( TMJ) Tunku Ismail Ibrahim meneruskan lawatan rasmi ke Singapura dengan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong di The Treasury hari ini.

Singapura adalah rakan kongsi ekonomi strategik Johor dan mempunyai potensi untuk lebih banyak kerjasama ekonomi pada masa depan.

Perbincangan ditumpukan kepada cadangan zon ekonomi khas (SEZ) Johor-Singapura untuk ditubuhkan di Johor dan untuk menambah baik lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara Singapura dan Johor.

Hadir sama adalah Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Salehuddin Hassan dan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir.

Turut hadir adalah Catherine Wong, Ketua Pengarah, Direktorat Asia Tenggara I, Kementerian Luar Negeri Singapura, Joshua Lo dan Ketua Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri, Jeevan Singh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast