Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa membayangkan berlaku kebangkitan gelombang rakyat yang diterajui oleh anak muda pada Pilihan Raya (PRN) pada 12 Ogos ini.

Pengerusi Muafakat Nasional berkata, rakyat yang akan keluar mengundi pada hari itu akan menghukum pihak yang pada beliau menipu mandat rakyat.

“PRU Negeri (PRN) 12 Ogos, bulan Merdeka, bakal menyaksikan pengundi keluar untuk menghukum mereka yang menipu mandat rakyat.

“Pengundi, terutama anak muda yang sebelum ini mereka tuduh di sogok dan kononnya tidak berpendidikan tidak matang akan tampil dalam gelombang besar yang akan memeranjatkan mereka yang menipu mandat rakyat.

“Sesungguhnya hanya rakyat yang mampu mengajar mereka yang selama ini penuh tipu muslihat untuk berkuasa..Gelombang Rakyat adalah REAL

You can cheat some people sometimes.. You can cheat some people all the time.. but you certainly cannot cheat all the people all the time (Anda boleh tipu orang kadang-kadang,,,Anda boleh tipu sebahagian orang setiap masa…tetapi sudah tentu anda tidak boleh tipu orang sentiasa),” katanya dalam kenyataan di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundi bagi PRN di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala bagi pengundian awal pada 8 Ogos. – MalaysiaGazette