menteri Israel Malaysia
Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Usaha mengesan 12 rakyat Malaysia yang dilapor masih tidak dapat dihubungi berikutan fenomena hujan lebat melanda wilayah utara India pada Ahad lalu sedang giat dijalankan.

Dalam satu kenyataan Kementerian Luar Negeri memaklumkan, usaha itu dilakukan oleh Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan kumpulan ini sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi,” katanya.

Tambah kenyataan itu, mereka boleh menguhubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India 50-M Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi atau berhubung di talian 91 85955 50594 dan Emel di [email protected].

Wisma Putra turut menasihatkan supaya orang ramai lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi.

Ujarnya, sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette