KUALA LUMPUR – Amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa dari 13 hingga 15 Julai 2023 melibatkan kawasan Limbang, Sarawak: Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Sabah; Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat serta Labuan.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, amaran hujan itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Manakala amaran hujan berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam dan amaran hujan berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan ini. – MalaysiaGazette