The Hague Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah menetapkan antara 23 hingga 25 April 2024 bagi pendengaran saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas ahli Parlimen, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Ahmad Amzad didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar telah berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Ghani juga telah memerintahkan plaintif dan defendan memfailkan kenyataan saksi mereka sebelum 11 April tahun depan.

Menurut peguam mewakili Anwar, Datuk SN Nair, keputusan itu telah dicapai selepas prosiding atas talian hari ini.

Selain Sankara, Anwar turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala Saiffuddin Othman mewakili Ahmad Amzad sebagai defendan.

Anwar dalam afidavitnya mendakwa pada 7 Disember lalu, defendan membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast