KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan akan membantu kempen di Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Ketua Penerangan PBRS, Datuk Fredie Sua berkata, ia merupakan usaha menyokong parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menghadapi PRN di enam buah negeri tidak lama lagi.
“Selaku rakan komponen dalam Barisan Nasional, PBRS akan memastikan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan terus dipertahankan selaras dengan tema PRN kali ini Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya lagi, PBRS akan memastikan Kerajaan Perpaduan akan dapat menghadapi PRN dengan lancar kali ini.
Sementara itu, Fredie memaklumkan PBRS akan menganjurkan beberapa program termasuk kursus kepimpinan di semua peringkat bermula dengan ketua-ketua bahagian serta sayap wanita dan belia.
Jelasnya, program tersebut diadakan selepas PRN selesai.
“Dengan adanya program seperti ini, PBRS akan terus membela nasib rakyat khususnya di negeri Sabah,” tambahnya.-MalaysiaGazette