Paras air Sungai Yamuna yang meningkat. foto Twitter

NEW DELHI – Beratus-ratus penduduk di ibu negara India telah dipindahkan ketika paras air Sungai Yamuna terus meningkat.

Ketua Menteri Arvind Kejriwal berkata, sungai itu telah mencapai paras tertinggi – paras bahaya dalam tempoh 45 tahun.

Beberapa kawasan berhampiran New Delhi telah menyaksikan rekod hujan setakat musim tengkujuh ini, yang bermula sejak Jun lalu.

Sekurang-kurangnya 88 orang maut di Himachal Pradesh sejak hujan bermula akhir bulan lalu, lapor media tempatan.

“Paras air terus meningkat dan keadaan seperti banjir,” kata Kejriwal kepada pemberita sambil menambah paras air “mungkin meningkat lagi”.

Hujan monsun bermusim bagai talian hayat bagi India, biasanya menyebabkan kematian dan kemusnahan kepada harta benda setiap tahun.

India telah mengalami cuaca yang semakin melampau dalam beberapa tahun kebelakangan ini – hujan yang tidak henti-henti datang hanya beberapa minggu selepas gelombang haba melampau mencengkam sebahagian besar utara India.

Banyak faktor menyumbang kepada banjir, tetapi pakar mengatakan perubahan iklim yang disebabkan oleh pemanasan global menyebabkan hujan yang melampau. – Agensi