KUANTAN – Polis Pahang gempur 22 lokasi pengedaran di Felda dan 30 kawasan tumpuan penagih dadah dalam Ops Tapis Khas kali ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, ia melibatkan sebanyak 272 serbuan dilakukan dalam bermula 10 hingga 12 Julai lalu.
“Operasi ini dijalankan secara serentak di semua 11 daerah dalam kontinjen Pahang dengan menumpukan kawasan Felda, bandar dan perumahan,” katanya pada sidang media hari ini.
Operasi yang melibatkan 18 pegawai, 159 anggota dan 10 orang dari polis bantuan Felda melibatkan sebanyak 496 pemeriksaan di kawasan tumpuan pengedaran serta penagihan dadah.
JSJN Pahang berjaya membuat tangkapan seramai 419 orang dengan 369 kes dan pelbagai kesalahan berkaitan dadah.
“Dalam operasi kali ini, seramai 402 orang lelaki dan 17 orang perempuan ditahan berumur dalam lingkungan 18 hingga tahun.
“Daripada jumlah itu, seramai 43 orang pengedar atau tokan dadah dan sembilan orang dikehendaki berjaya ditangkap,” katanya lagi.
Menurut Yahaya, seorang daripada mereka dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 36 suspek juga dicadangkan untuk dituduh 39C ADB 1952.
Jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilaui RM101,715, kata Yahaya.
Nilai rampasan dadah berjumlah RM64,715 manakala nilai sitaan wang tunai termasuk kenderaan bernilai RM37,000. – MalaysiaGazette