Gambar hiasan

NEW DELH – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh akibat petir di negeri Bihar, India.

Hujan lebat dan angin kencang yang disertai denga petir melanda negara itu pada hari Khamis.

Pihak berkuasa berkata, kebanyakan mangsa adalah petani yang sedang bekerja di ladang ketika petir berlaku

Minggu lepas, 12 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat insiden yang berkaitan dengan petir dan hujan di negeri ini.

Setiap tahun pada permulaan musim monsun, beratus-ratus maut dalam insiden petir di India.

Media tempatan melaporkan 907 orang terbunuh pada tahun 2022 akibat letupan petir di seluruh India. – Agensi