Ahmad Maslan.

PUTRAJAYA – Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan perlu melaksankaan segera pembayaran elaun perantisan RM800 kepada pelatih industri yang menjalani latihan di tempat mereka.

Ia susulan pengumuman oleh Perdana Menteri selaku ketua kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Bila benda tu telahpun diumumkan kita harap ia disegerakanlah. Bila kerajaan dah umumkan, ia dianggap sesuatu yang patut dilaksanakan oleh GLC,” katanya pada sidang media selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan majlis tersebut, Anwar meminta semua syarikat GLC dan kerajaan membayar elaun perantisan kepada pelatih industri sebanyak RM800 sebulan.

Menurutnya, keputusan mengenai perkara itu dibuat selepas pihaknya mendengar cadangan daripada pelajar tingkatan enam.

Jelasnya, walaupun kerajaan perlu mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar ekonomi namun, cadangan yang diterima daripada pelajar tingkatan enam adalah baik dan mesti diperhalusi.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, perdana menteri mengumumkan perkara itu selepas memperhalusi cadangan wakil mahasiswa mengenai kepentingan elaun perantisan yang boleh digunakan dengan tujuan bagi kegunaan pengangkutan, membeli makanan dan bayaran penginapan.

Katanya, pandangan itu diambil berdasarkan daripada siri Jelajah Madani yang dilakukan oleh Anwar semasa bertemu mahasiswa di pelbagai tempat.

“Mereka harap ia segera dilaksanakan. Mereka perlukan elaun sedikit.

“Untuk syarikat swasta, kita tunggu pengumuman ketika Bajet (Belanjawan 2024) nanti.

“GLC ini kena paksa rela, sebab bila kerajaan umumkan, GLC bawah kerajaan dianggap satu perkara patut dilaksanakan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast