Foto Instagram @uaioriginal

KUALA LUMPUR – Kuliah Maghrib Perdana oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak di sini yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.

Berita itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram @uaioriginal yang menjelaskan pembatalan itu adalah kerana atas arahan pihak tertentu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Ahad ini terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya.

Sebelum ini, sudah beberapa kali kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pernah dibatalkan atas faktor tiada pentauliahan daripada Jabatan Agama Islam.

Antara yang dibatalkan adalah Kuliah Maghrib Perdana yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 26 Februari lalu. – MalaysiaGazette