Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir untuk makan tengah hari sebelum menunaikan solat jumaat di Gerai Makan Sri Ayu, Taman Sri Gombak. Foto MOHD ADZLAN 14 JULAI 2023.

GOMBAK – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat.

Perdana Menteri berkata, ia berdasarkan kepada kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor.

“29 Julai depan adalah penamaan calon sempena PRN, saya harap kita perkuatkan Kerajaan Perpaduan untuk kita jalankan kerja baik untuk rakyat, kita ada Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) yang baik dan Pengerusi BN Selangor (Datuk Megat Zulkarnain Omardin). Ini kerjasama dengan BN sekarang.

“Jadi saya harap kita jangan lupa ada agenda yang belum kita laksanakan dan insya-Allah kita gunakan pengaruh dan kuasa untuk jaga kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap ketika makan tengahari bersama rakyat di Restoran Sri Ayu, Taman Sri Gombak, hari ini.

Hadir mengiringi Anwar adalah Amirudin dan Megat Zulkarnain.

Anwar mengambil kira-kira setengah jam untuk makan tengahari bersama penduduk setempat dengan menjamah nasi campur dengan sup daging, ikan goreng serta ulam-ulaman.

Pengerusi PH itu kemudiannya turut bersama-sama rakyat setempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast