Wanita warga emas didakwa terlibat kes menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri di dalam lif sebuah pangsapuri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 14 JULAI 2023.

Minggu lalu, sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak.

Ia kemudiannya tular di media sosial, memaparkan seorang individu berdiri berhampiran mangsa, semasa menunggu lif sebelum bertindak menyimbah cecair dipercayai asid. Mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya warganegara Pakistan telah menerima rawatan di Hospital Selayang.